

seringkali kini para pasangan meluahkan perasaan gembira terhadap hubungan mereka..... pelbagai gambaran di laungkan agar orang ramai dapat membayangkan hebatnya cinta mereka yg sedang membara tu (tak taw la pakai api kilang besi ke api JAHIM...hahahha)... kali ni nk ceciter sket la beberapa perumpamaan yg para pecinta ni suka guna...dan kita tgk sesuai atau tak....
"Hebatnya Cinta Kami Bagaikan Cinta Yusuf dan Zulaikha"
sedap bunyik nya, tapi mai kita pi tgk apa kisahnya Nabi Yusuf A.S dgn Zulaikha ni secara ringkas...
Dalam sebuah hadith disebut, “Yusuf dikurniakan separuh kecantikan dunia” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas). Ibu angkatnya isteri Raja pada masa itu tertarik dengan kecantikan baginda dan menjemput perempuan-perempuan yang menempelaknya.
Yusuf [31] Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberikan kepada tiap-tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “Keluarlah di hadapan mereka“. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!“.
Yusuf [32] (Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina.”
Yusuf [33] Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya“.
Ibu angkatnya juga telah menggodanya dan apabila tidak berjaya dia menuduh Nabi Yusuf cuba mencabul kehormatannya. Akhirnya Nabi Yusuf dipenjarakan.
Yusuf [23]dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu“. Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya“.
Yusuf [24] dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.
Yusuf [25] dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): tidaklah ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.
Yusuf [26] Yusuf pula berkata: “Dia lah yang memujukku berkehendakkan diriku“. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:” “Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.
Yusuf [27] Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar“.
Yusuf [28] Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.
so ibu angkat Nabi Yusuf bernama Zulaikha, Zulaikha adalah isteri kepada Raja pada masa itu... kerana tak dapat menahan nafsunya Zulaikha menggoda Nabi Yusuf sehingga mengoyakkan baju baginda (rakus betul Zulaikha tu)....
jadi Zulaikha tu mencintai Nabi Yusuf kn rupa paras Baginda dan nafsu malah mungkin juga kerana dia nak berebut rebut dgn kawan-kawannya (kebanyakannya bini orang) untuk menjadikan Baginda sebagai anak ikan mereka... puiiii
so kalo cinta si Zulaikha ini lah kita jadikan idola, sedarlah bahawa cinta kita tu cinta nafsu semata2... " jangan sesekali kita ckp 'ehhhh kami ikut Nabi Yusuf.' WAK LU.... tu yg pasangan kekasih rosak ditengah jalan.... kerana idola mereka salah......puiii
bodoh bole diajar...pandai biar bertempat