hahahaha sebab kita ni dipanggil BODOH lebih 44kali oleh penjajah so kita pon jadi bodoh.... pernahtak terfikir kenapa penjajah begitu susah nak menawan kota kerajaan Melayu? penjajah datang dengan kapal perang yang besar siap kelengkapan meriam perangnya.... tapi tak begitu mudah juga kita semua kalah ditangan mereka...mereka ada meriam dan senapang...... kita?
 Saya amat pasti bahawa ramai diantara anak-anak muda di luar sana tidak mengetahui malahan tidak pernah mendengar langsung mengenai Rentaka, atau disebut Lantakas dalam bahasa inggerisnya. Namun demikian senjata Melayu yang satu ini mempunyai sejarah yang panjang dalam perjuangan melawan penjajah bangsa. Boleh dikatakan Selain keris, Rentaka adalah salah satu jenis senjata bangsa kita yang paling terkenal di kalangan orang barat sejak awal kedatangan mereka lagi.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.
Meriam rampasan spanyol dari kerajaan manila
Meriam yang boleh dikatakan paling terkenal dalam masyarakat kita sewaktu pemerintahan Raja Kerajaan Melayu Patani iaitu Ratu Biru (1616-1624) meriam pengepungan tersebut bernama Seri Patani dan 2 buah adiknya Sri Nagara dan Mahalela.. Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu pattani pada waktu itu telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani. Melihat kepada Meriam Seri Pattani ini, saya rasa anda akan merasa lebih yakin bahawa sememangnya bangsa Melayu bukanlah sebuah bangsa yang lemah dan tidak berpengatahuan dalam teknologi senjata api.
Didalam buku Political and Statistical Account of  the British Settlements in the Straits of Malacca yang ditulis oleh Thomas John Newbold dan diterbitkan pada 1839 mencatatkan seperti berikut:
They manufacture ordnance at Tringanu on the Peninsula; Gressik in Java; at Menangkabowe in Sumatra, and formerly there was a foundry at Achin. The following five descriptions of guns are most in use, viz. the Mariam, capable of carrying a six lb. shot; the iron Rantaka; the Jala Rambang, with a muzzle about as large as that of the blunderbuss; the Ekor Lotong, a small gun, to which is attached a long curved appendage, resembling the tail of the monkey Lotong, set on at the button of the breech ; and the Lelah, whose ordinary range is about 400 yards; some will carry 1000 yards, in an elevation. Lelahs are often loaded with leaden or tin slugs, called ” dadu dadu,” and placed on swivels in outposts, at an angle of their stockades, so as to command two faces ; the Lelah is generally made of brass, with a caliber varying from one to three inches.
Selain daripada beribu-ribu meriam dan senapang yang dijumpai di Melaka selepas ditawan oleh PortugisAlbuquerquejuga menjumpai satu meriam yang mempunyai saiz yang jauh lebih besar daripada meriam-meriam Portugis pada masa itu yang mana meriam ini telah dihantar oleh Albuquerque ke Kota Calicut sebagai hadiah kepada seteru Portugis di India iaitu puak-puak Zamorin.  Fakta ini telah direkodkan oleh  De Burros seperti mana yang dipetik oleh John Crawfurd didalam kamusnya A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, sebagai berkata:


But besides the arms thus enumerated, the Portuguese and Spaniards, when they first arrived, found the most advanced of the Malayan nations in possession of firearms. This is De Burros’ account of the artillery captured by Alboquerque in Malacca. “And of artillery,” says he, “we found no more than 3000 out of 8000 pieces, which Ruy de ‘Arajo (a prisoner of Sequiera’s fleet) had stated to be in the city. Amons; those taken were many of great size (muy grossas),and one very beantiful piece which the King of Calicut had lately sent.
Mengikut para sarjana, jenis meriam yang digunakan orang-orang Melayu tidaklah diketahui namun mereka berpendapat bahawa tidak lama selepas teknologi senjata api diperkenalkan oleh bangsa arab kepada dunia, orang-orang melayu sudah mula membuat senjata api sendiri. Bukti aktiviti pembuatan senjata api ini direkodkan oleh W. Linehan didalam kertas kerjanya yang berjudul Some Discoveries on the Tembeling. Di tebing-tebingSungai Tembeling yang terletak di Pahang, Linehan telah menjumpai acuan-acuan purba yang digunakan untuk membuat meriam yang dianggarkan seawal kurun ke 13 atau 14.
Setelah menawan MelakaAlfonso de Albuquerque telah meneliti gudang-gudang senjata yang ditinggalkan di Melaka dan telah mengatakan bahawa senapang-senapang di Melakamempunyai kualiti yang sama hebat dengan senapang-senapang buatan German pada masa itu, malah tidak mampu ditandingi olehPortugis, namun senapang yang paling berkualiti pada masa itu datang daripada hasil buatan Kerajaan Turki Uthmaniah.Albuquerque didalam komentarnya Comentários do Grande Afonso de Albuquerque yang diterbitkan pada 1557 menyatakan seperti berikut:
There were captured, 3000 pieces, of which 2000 were of brass, and the rest of iron. Among them there was one large piece sent by the King of Calicut to the King of Malacca. All the artillery with its appurtenances was of such workmanship that it could not be excelled, even in Portugal. There were found also match-locks (espingardao), blowpipes for shooting poisoned arrows, bows and arrows, lances of Java, and divers other arms, all which created surprise in those that captured them.








Teruskan bacaan anda disini


Marilah kawan-kawan dihari Rabu ini....

Dengarkanlah nasihat yang telah ditulis olehnya seorang pendita yang bernama Za'ba atas izin Tuhannya yang Mulia....bacakan dulu Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Mulk ayat 2 bermaksud "tuhan yang telah menjadikan hidup dan mati kerana ia hendak menguji, mencuba kamu-siapakah daripada kamu yang terlebih baik kerjanya."

Risalah ke-II umbi kemajuan atau falsafah takdir  
Maka yang dikatakan perangai bergantung kepada diri sendiri itu ialah seseorang berbuat sendiri barang apa-apa kerjanya dan menimbang sendiri barang apa-apa halnya, serta bersedia menanggung sendiri segala buruk baiknya apa-apa yang dikerjakannya itu.

~dalam menentukan apakah maksud atau tafsiran setiap perbuatan orang lain terhadap kita, apakah garis paduan utama untuk membantu kita membuat keputusan? yang pertama kenali orang yang berkata itu, dari mana asalnya apa gaya dalam berkata-kata dan berbicara dalam budayanya. sebagai contoh, sekiranya orang melaka bersembang dengan orang kelantan, jika tiada mula bicara pastilah bergaduh kerana:-

melaka: hawaw kau org kelantan, lahanat ko hidup lagi? aku ingat dah mampos.....
kelantan : bodo berok la menatang ni.... idup ar dok nampok ko?
melaka:celaka ko, ko kata aku binatang? lahanat tul
kelantan: buak pe mu celake ke ambe....aku te mu mampuh....

Andai kata org kelantan dan melaka ni saling mengenali dan tahu budaya teman masing-masing...perbualan tersebut tidak menjadi masalah...akan tetapi sekiranya ada org ke-3.ke-4,ke-5 yang tak tahu biji butir perbualan mereka berdua tu pastinya akan terkejut dan mungkin marak diatas tanggapan masing2.... 

melaka: hawaw kau org kelantan, lahanat ko hidup lagi? aku ingat dah mampos.....
selangor: AAAAAAA
kelantan : bodo berok la menatang ni.... idup ar dok nampok ko?
selangor: AAAAAAA 
melaka:celaka ko melake, ko kata aku binatang? lahanat tul
selangor: AAAAAAA 
kelantan: buak pe mu celake ke ambe....aku te mu mampuh....
selangor: AAAAAAA  

oleh itu orang selangor ni mungkin menjadi punca persengketaan  antara org kelantan dan melaka diatas kesalahan menfsir situasi yang berlaku......

Kesimpulan
Disinilah kebijaksanaan org kita mengenal asas budaya negeri lain...... dan teknik menyelesaikan masalah juga berasaskan perkara ini sehingga dikatakan "jangan cakap belakang", "jangan tikam belakang", "jangan baling batu sembunyi tangan"..... semua permasalahan mestilah diselesaikan dengan cara duduk bicara... Cara duduk itu juga membawa sesuatu makna....

JANGAN GADUH KITA BINCANG.... MEMBACA DAN MENYEBUT MEMBAWA MAKNA BERBEZA..... dia dan aku biar berbicara, yang lain pasang telinga.....apa yang dikata didepan muka itu saja yg diambil bicara, supaya apa yg dikata ada sanadnya.....
 
Kalahnya Melayu di atas kertas

Melayu; satu bangsa didunia yg penuh tertib dan adab santun .....  dengan senyuman kita dah dapat memenuhi ruang dengan suasana yang mesra.  disaat kita membuat teguran,  alam yang sedang girang tidak terhenti tawanya.... kanak-kanak tidak mudah menagis bila ditegur, tetapi teguran tersebut masuk kedalam kalbu dan diingati sampai mati....  

kita begitu berbudi bahasa,  dalam pergaulan kita menentukan panggilan-panggilan  tertentu  kepada kaum-kaum tertentu sebagai tanda hormat kita.... sekiranya pelancong dari Barat kita panggil Tuan (tapi bukan bermaksud  boss/ master tapi sir), manakala org cina kita panggil tauke (sekali pon dia hanya penjual sayur) sebagai gambaran  mereka kaum yg biasa terlibat dlm perniagaan manakala kaum india kita panggil anney/uncle/aya  (dimana menggambarkan kita ni bangsa yang tau berterima kasih dan pandai menghormati orang lain) mereka yg dulu rata-ratanya pekerja ladang datang dari jauh dan mengambil upah sebagai pekerja ladang mengingatkan kita perit jerih hidup kita di tanah air sendiri. sebab itu panggilan yg lebih mesra digunakan

Sudah lebih 50thn kita merdeka..... yang nampak didepan mata kita adalah mereka2 yang tamak haloba (tamak dan bodoh). Mereka yang tamak haloba ini kini memegang jawatan kepimpinan sosial kita atau pemimpin politik kita.... mereka yang sepatutnya merealisasikan harapan kita kepada negara dan bukannya kita yg terpaksa mengikut menifesto rekaan mereka... MENIFESTO ini adalah KERTAS yang PERTAMA......

adab melayu sebarang isu akan dibincangkan dalam majlis  syura samada berkaitan hal pentadbiran mahupun  sewaktu menjatuhkan hukuman....org yg dituduh akan mendengar  pertuduhan dihadapan majlis syura dan  org yang mendakwa.  setiap kali ketua majlis bersuara. semua suara akan terhenti.... setiap pendakwaan dan  pembelaan dilakukan secara  langsung. Tidak layak dijatuhkan hukuman dengan undian sekiranya syura tidak bersidang....sangat berbeza undian pemilihan dan undian menentukan hukuman..... dan disuatu masa dahulu hukum adat lah yg dipakai.... cantiknya hukum adat itu kerana ia terdiri diatas landasan agama..... "pencuri kambing perlulah memulangkan juga seekor kambing ataupun beras bersamaan nilai dgn seekor kambing ataupon apa saja barang yang sama nilai denga kambing yg dicuri itu jika dipersetujui oleh  tuan punya kambing yang dicuri"...  oleh itu  BUKU PERATURAN adalah KERTAS yang KEDUA
Assalamualaikum WBT

sidang hadirin dan hadirat sekalian cewaaaah.....
dh lama tul tak menulis kat blog ni...asyik ke fast bags je hehehehe lagi pon...aduii pelik tul bila kat blog ni rasa tak taw nk tulis apa....kalo kat muka buku tu laju jeeee.....sebab dah tau ada yg baca kot..... tapi buku pon dah nk penuh.... siap ada conteng2 lagi..... lukisan kartunnya....rasanya nak kembali kat sini lagi laaaa.... meluah rasa, idea, perasaan dll....

adiossss
apa nk cerita hari selasa ni?

hmmmm hmmmmm hmmm hmmm hmmmm hmmm hmmm hhmmmm hmmm okeh tu je kbai
.
.
.
.
.
.
nak lagi?
.
.
.
.
.
.
hahahahahaha maafkan saya tuan tanah..... okeh.... seminggu dua ni aku dah mula masuk mode politik....tapi tak macam time belajar dulu....dulu fucknatickers parti..... sekarang aku dah lebih tenang, bijaksana dan bijaksini :p. dah 2 penggal aku bertugas kat SPR ni.... boring gak tak dapat rasa baling botol dan buat provokasi time raya.....dan kali ni persiapan SPR paling lama la (kalo kira dah masuk 2 thn) hehehehe...naik boring plak.... tempoh berkempen bermula sabtu ini.... walaupon perang bendera dah bermula minggu lepas (PBT tak ambik port pon...lantak korang la.... kira blanja)..... harap2 dapat la tgk kapal besor berwarna bendera parti kat klang ni..... cuma 1 aku mintak tolong lah jgn gantung bendera parti kat pagar istana...... kang ada plak org mengamuk kat klang nanti hahahahahaha...... buat PDRM selamat membaca FB2 rakyat Malaysia..... mesti berpinau mata korang hehehehe
Mari merenung di petang selasa ini

Ramai org fasih dan petah bercakap, tapi semakin bnyk mereka bercakap, semakin bnyk mereka menyakiti hati org yg mendengar percakapan mereka. Lazimnya org menyangka, asal seseorg itu pandai bercakap, mereka sudah pandai berkomunikasi.... sebenarnya tidak... dalam kehidupan kita ini kita selalu melakukan kesilapan sehingga berlakunya "miss communications"... teringat kata2 seorg ADUN sewaktu terdapat masalah antara kawan sy dan pengelola program anjuran beliau "kita bukan nk mencari salah, tapi nk mencari jalan penyelesaian kpd masalah itu. barulah selesai"... itu kata2 org yg bijaksana....

selalunya masalah kita tu kecik saja.... tapi disebabkan ianya tidak di bincangkan, dimaafkan, difikirkan, dihuraikan, diajarkan dan tidak ditentukan duduk aturnya, akhirnya isu itu menjadi besar, merepek dan meraban sehingga menjadi perbalahan. Perbalahan yg menjadi boleh sengketa jika dibiarkan.

cara org melayu dlm menangani sesuatu isu begitu baik.... sebarang isu akan terus diselesaikan sebaik saja isu itu kelihatan..... sekiranya dibiarkan lebih lama, akan ada org lain yg asalnya tidak terkait, akan masuk campur dan menghangatkan suasana....maka mula rosaklah proses baikpulih tersebut... kepantasan menyelesaikan isu itu dikatakan menjadi nadi kehebatan org melayu...org putih sebut "on the spot"... itu semua dapat dilakukan sekiranya org itu memahami, memahiri dan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yg cukup luas terhadap isu yg terjadi... tapi kini tak ramai org (terutamanya melayu) yg mempunyai kemahiran ini...

Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2001)
~oleh krn perbualan memenuhi keperluan-keperluan jiwa manusia yg begitu penting & mendlm,...~ maka ia menjadi sebahagian kemahiran pelengkap jati diri kita

*kehebatan itu bukan saja dilihat dari cantiknya pakaian, hebatnya keris, pandainya bersilat tetapi bagaimana dia menuturkan kata2nya*

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

budi pekerti berlandas agama, cantik dihati elok dimata
nasihat dari pendita di hari selasa

Perangai bergantung kpd diri sendiri

" Tiap-tiap orang diwajibkan beramal & beribadat sendiri dgn usaha & tenaganya-tidak pernah disuruh ia mengira dirinya itu mesti bergantung kpd doa org sahaja atau kpd fidyah penebus yg dibuatkan org sahaja bg mendapatkan kejayaan & keselamatannya di akhirat kelak! Tuhan tiada pernah menyuruh kita mesti berharap kpd sedekah tahlil dan bacaan-bacaan Qul Hua'llah dari org apabila mati kelak!!...."



Pendeta Za'aba (lebih 50thn dulu)