Marilah kawan-kawan dihari Rabu ini....

Dengarkanlah nasihat yang telah ditulis olehnya seorang pendita yang bernama Za'ba atas izin Tuhannya yang Mulia....bacakan dulu Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Mulk ayat 2 bermaksud "tuhan yang telah menjadikan hidup dan mati kerana ia hendak menguji, mencuba kamu-siapakah daripada kamu yang terlebih baik kerjanya."

Risalah ke-II umbi kemajuan atau falsafah takdir  
Maka yang dikatakan perangai bergantung kepada diri sendiri itu ialah seseorang berbuat sendiri barang apa-apa kerjanya dan menimbang sendiri barang apa-apa halnya, serta bersedia menanggung sendiri segala buruk baiknya apa-apa yang dikerjakannya itu.

~dalam menentukan apakah maksud atau tafsiran setiap perbuatan orang lain terhadap kita, apakah garis paduan utama untuk membantu kita membuat keputusan? yang pertama kenali orang yang berkata itu, dari mana asalnya apa gaya dalam berkata-kata dan berbicara dalam budayanya. sebagai contoh, sekiranya orang melaka bersembang dengan orang kelantan, jika tiada mula bicara pastilah bergaduh kerana:-

melaka: hawaw kau org kelantan, lahanat ko hidup lagi? aku ingat dah mampos.....
kelantan : bodo berok la menatang ni.... idup ar dok nampok ko?
melaka:celaka ko, ko kata aku binatang? lahanat tul
kelantan: buak pe mu celake ke ambe....aku te mu mampuh....

Andai kata org kelantan dan melaka ni saling mengenali dan tahu budaya teman masing-masing...perbualan tersebut tidak menjadi masalah...akan tetapi sekiranya ada org ke-3.ke-4,ke-5 yang tak tahu biji butir perbualan mereka berdua tu pastinya akan terkejut dan mungkin marak diatas tanggapan masing2.... 

melaka: hawaw kau org kelantan, lahanat ko hidup lagi? aku ingat dah mampos.....
selangor: AAAAAAA
kelantan : bodo berok la menatang ni.... idup ar dok nampok ko?
selangor: AAAAAAA 
melaka:celaka ko melake, ko kata aku binatang? lahanat tul
selangor: AAAAAAA 
kelantan: buak pe mu celake ke ambe....aku te mu mampuh....
selangor: AAAAAAA  

oleh itu orang selangor ni mungkin menjadi punca persengketaan  antara org kelantan dan melaka diatas kesalahan menfsir situasi yang berlaku......

Kesimpulan
Disinilah kebijaksanaan org kita mengenal asas budaya negeri lain...... dan teknik menyelesaikan masalah juga berasaskan perkara ini sehingga dikatakan "jangan cakap belakang", "jangan tikam belakang", "jangan baling batu sembunyi tangan"..... semua permasalahan mestilah diselesaikan dengan cara duduk bicara... Cara duduk itu juga membawa sesuatu makna....

JANGAN GADUH KITA BINCANG.... MEMBACA DAN MENYEBUT MEMBAWA MAKNA BERBEZA..... dia dan aku biar berbicara, yang lain pasang telinga.....apa yang dikata didepan muka itu saja yg diambil bicara, supaya apa yg dikata ada sanadnya.....
 
Kalahnya Melayu di atas kertas

Melayu; satu bangsa didunia yg penuh tertib dan adab santun .....  dengan senyuman kita dah dapat memenuhi ruang dengan suasana yang mesra.  disaat kita membuat teguran,  alam yang sedang girang tidak terhenti tawanya.... kanak-kanak tidak mudah menagis bila ditegur, tetapi teguran tersebut masuk kedalam kalbu dan diingati sampai mati....  

kita begitu berbudi bahasa,  dalam pergaulan kita menentukan panggilan-panggilan  tertentu  kepada kaum-kaum tertentu sebagai tanda hormat kita.... sekiranya pelancong dari Barat kita panggil Tuan (tapi bukan bermaksud  boss/ master tapi sir), manakala org cina kita panggil tauke (sekali pon dia hanya penjual sayur) sebagai gambaran  mereka kaum yg biasa terlibat dlm perniagaan manakala kaum india kita panggil anney/uncle/aya  (dimana menggambarkan kita ni bangsa yang tau berterima kasih dan pandai menghormati orang lain) mereka yg dulu rata-ratanya pekerja ladang datang dari jauh dan mengambil upah sebagai pekerja ladang mengingatkan kita perit jerih hidup kita di tanah air sendiri. sebab itu panggilan yg lebih mesra digunakan

Sudah lebih 50thn kita merdeka..... yang nampak didepan mata kita adalah mereka2 yang tamak haloba (tamak dan bodoh). Mereka yang tamak haloba ini kini memegang jawatan kepimpinan sosial kita atau pemimpin politik kita.... mereka yang sepatutnya merealisasikan harapan kita kepada negara dan bukannya kita yg terpaksa mengikut menifesto rekaan mereka... MENIFESTO ini adalah KERTAS yang PERTAMA......

adab melayu sebarang isu akan dibincangkan dalam majlis  syura samada berkaitan hal pentadbiran mahupun  sewaktu menjatuhkan hukuman....org yg dituduh akan mendengar  pertuduhan dihadapan majlis syura dan  org yang mendakwa.  setiap kali ketua majlis bersuara. semua suara akan terhenti.... setiap pendakwaan dan  pembelaan dilakukan secara  langsung. Tidak layak dijatuhkan hukuman dengan undian sekiranya syura tidak bersidang....sangat berbeza undian pemilihan dan undian menentukan hukuman..... dan disuatu masa dahulu hukum adat lah yg dipakai.... cantiknya hukum adat itu kerana ia terdiri diatas landasan agama..... "pencuri kambing perlulah memulangkan juga seekor kambing ataupun beras bersamaan nilai dgn seekor kambing ataupon apa saja barang yang sama nilai denga kambing yg dicuri itu jika dipersetujui oleh  tuan punya kambing yang dicuri"...  oleh itu  BUKU PERATURAN adalah KERTAS yang KEDUA
Assalamualaikum WBT

sidang hadirin dan hadirat sekalian cewaaaah.....
dh lama tul tak menulis kat blog ni...asyik ke fast bags je hehehehe lagi pon...aduii pelik tul bila kat blog ni rasa tak taw nk tulis apa....kalo kat muka buku tu laju jeeee.....sebab dah tau ada yg baca kot..... tapi buku pon dah nk penuh.... siap ada conteng2 lagi..... lukisan kartunnya....rasanya nak kembali kat sini lagi laaaa.... meluah rasa, idea, perasaan dll....

adiossss
apa nk cerita hari selasa ni?

hmmmm hmmmmm hmmm hmmm hmmmm hmmm hmmm hhmmmm hmmm okeh tu je kbai
.
.
.
.
.
.
nak lagi?
.
.
.
.
.
.
hahahahahaha maafkan saya tuan tanah..... okeh.... seminggu dua ni aku dah mula masuk mode politik....tapi tak macam time belajar dulu....dulu fucknatickers parti..... sekarang aku dah lebih tenang, bijaksana dan bijaksini :p. dah 2 penggal aku bertugas kat SPR ni.... boring gak tak dapat rasa baling botol dan buat provokasi time raya.....dan kali ni persiapan SPR paling lama la (kalo kira dah masuk 2 thn) hehehehe...naik boring plak.... tempoh berkempen bermula sabtu ini.... walaupon perang bendera dah bermula minggu lepas (PBT tak ambik port pon...lantak korang la.... kira blanja)..... harap2 dapat la tgk kapal besor berwarna bendera parti kat klang ni..... cuma 1 aku mintak tolong lah jgn gantung bendera parti kat pagar istana...... kang ada plak org mengamuk kat klang nanti hahahahahaha...... buat PDRM selamat membaca FB2 rakyat Malaysia..... mesti berpinau mata korang hehehehe
Mari merenung di petang selasa ini

Ramai org fasih dan petah bercakap, tapi semakin bnyk mereka bercakap, semakin bnyk mereka menyakiti hati org yg mendengar percakapan mereka. Lazimnya org menyangka, asal seseorg itu pandai bercakap, mereka sudah pandai berkomunikasi.... sebenarnya tidak... dalam kehidupan kita ini kita selalu melakukan kesilapan sehingga berlakunya "miss communications"... teringat kata2 seorg ADUN sewaktu terdapat masalah antara kawan sy dan pengelola program anjuran beliau "kita bukan nk mencari salah, tapi nk mencari jalan penyelesaian kpd masalah itu. barulah selesai"... itu kata2 org yg bijaksana....

selalunya masalah kita tu kecik saja.... tapi disebabkan ianya tidak di bincangkan, dimaafkan, difikirkan, dihuraikan, diajarkan dan tidak ditentukan duduk aturnya, akhirnya isu itu menjadi besar, merepek dan meraban sehingga menjadi perbalahan. Perbalahan yg menjadi boleh sengketa jika dibiarkan.

cara org melayu dlm menangani sesuatu isu begitu baik.... sebarang isu akan terus diselesaikan sebaik saja isu itu kelihatan..... sekiranya dibiarkan lebih lama, akan ada org lain yg asalnya tidak terkait, akan masuk campur dan menghangatkan suasana....maka mula rosaklah proses baikpulih tersebut... kepantasan menyelesaikan isu itu dikatakan menjadi nadi kehebatan org melayu...org putih sebut "on the spot"... itu semua dapat dilakukan sekiranya org itu memahami, memahiri dan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yg cukup luas terhadap isu yg terjadi... tapi kini tak ramai org (terutamanya melayu) yg mempunyai kemahiran ini...

Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2001)
~oleh krn perbualan memenuhi keperluan-keperluan jiwa manusia yg begitu penting & mendlm,...~ maka ia menjadi sebahagian kemahiran pelengkap jati diri kita

*kehebatan itu bukan saja dilihat dari cantiknya pakaian, hebatnya keris, pandainya bersilat tetapi bagaimana dia menuturkan kata2nya*

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

budi pekerti berlandas agama, cantik dihati elok dimata
nasihat dari pendita di hari selasa

Perangai bergantung kpd diri sendiri

" Tiap-tiap orang diwajibkan beramal & beribadat sendiri dgn usaha & tenaganya-tidak pernah disuruh ia mengira dirinya itu mesti bergantung kpd doa org sahaja atau kpd fidyah penebus yg dibuatkan org sahaja bg mendapatkan kejayaan & keselamatannya di akhirat kelak! Tuhan tiada pernah menyuruh kita mesti berharap kpd sedekah tahlil dan bacaan-bacaan Qul Hua'llah dari org apabila mati kelak!!...."



Pendeta Za'aba (lebih 50thn dulu)