hahahaha sebab kita ni dipanggil BODOH lebih 44kali oleh penjajah so kita pon jadi bodoh.... pernahtak terfikir kenapa penjajah begitu susah nak menawan kota kerajaan Melayu? penjajah datang dengan kapal perang yang besar siap kelengkapan meriam perangnya.... tapi tak begitu mudah juga kita semua kalah ditangan mereka...mereka ada meriam dan senapang...... kita?
Saya amat pasti bahawa ramai
diantara anak-anak muda di luar sana tidak mengetahui malahan tidak
pernah mendengar langsung mengenai Rentaka, atau disebut Lantakas dalam
bahasa inggerisnya. Namun demikian senjata Melayu yang satu ini
mempunyai sejarah yang panjang dalam perjuangan melawan penjajah bangsa.
Boleh dikatakan Selain keris, Rentaka adalah salah satu jenis senjata
bangsa kita yang paling terkenal di kalangan orang barat sejak awal
kedatangan mereka lagi.
Kebiasaannya
rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm
hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter
kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor
Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor
Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah
Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni
meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya
mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan
larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak
pucuk rebung.
Apa yang unik mengenai
senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama
didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya
dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan
di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza
dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak
mudah dialihkan. Ciri mudah alih rentaka juga menyebabkan bidikannya
lebih mudah untuk kena pada sasaran.
Pahlawan
Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai
pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka
sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika
mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat
takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata,
rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian
terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei
juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai
pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan
daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah
berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan
Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan
Kesultanan Melayu Melaka.
Kehebatan
senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman
para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan
mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan
persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka
di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan
rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.
![]() |
| Meriam rampasan spanyol dari kerajaan manila |
Meriam yang boleh dikatakan paling terkenal dalam masyarakat
kita sewaktu pemerintahan Raja Kerajaan Melayu Patani iaitu Ratu Biru (1616-1624) meriam pengepungan tersebut bernama Seri Patani dan 2 buah adiknya Sri Nagara dan Mahalela.. Sebagai tindak balas
berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu pattani pada waktu itu telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok
Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela.
Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela
pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam
ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.
Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.
Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani. Melihat kepada Meriam Seri Pattani ini, saya rasa anda akan merasa lebih yakin bahawa sememangnya bangsa Melayu bukanlah sebuah bangsa yang lemah dan tidak berpengatahuan dalam teknologi senjata api.
Didalam buku Political and Statistical Account of the British Settlements in the Straits of Malacca yang ditulis oleh Thomas John Newbold dan diterbitkan pada 1839 mencatatkan seperti berikut:
Selain daripada beribu-ribu meriam dan senapang yang dijumpai di Melaka selepas ditawan oleh Portugis, Albuquerquejuga menjumpai satu meriam yang mempunyai saiz yang jauh lebih besar daripada meriam-meriam Portugis pada masa itu yang mana meriam ini telah dihantar oleh Albuquerque ke Kota Calicut sebagai hadiah kepada seteru Portugis di India iaitu puak-puak Zamorin. Fakta ini telah direkodkan oleh De Burros seperti mana yang dipetik oleh John Crawfurd didalam kamusnya A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, sebagai berkata:They manufacture ordnance at Tringanu on the Peninsula; Gressik in Java; at Menangkabowe in Sumatra, and formerly there was a foundry at Achin. The following five descriptions of guns are most in use, viz. the Mariam, capable of carrying a six lb. shot; the iron Rantaka; the Jala Rambang, with a muzzle about as large as that of the blunderbuss; the Ekor Lotong, a small gun, to which is attached a long curved appendage, resembling the tail of the monkey Lotong, set on at the button of the breech ; and the Lelah, whose ordinary range is about 400 yards; some will carry 1000 yards, in an elevation. Lelahs are often loaded with leaden or tin slugs, called ” dadu dadu,” and placed on swivels in outposts, at an angle of their stockades, so as to command two faces ; the Lelah is generally made of brass, with a caliber varying from one to three inches.
But besides the arms thus enumerated, the Portuguese and Spaniards, when they first arrived, found the most advanced of the Malayan nations in possession of firearms. This is De Burros’ account of the artillery captured by Alboquerque in Malacca. “And of artillery,” says he, “we found no more than 3000 out of 8000 pieces, which Ruy de ‘Arajo (a prisoner of Sequiera’s fleet) had stated to be in the city. Amons; those taken were many of great size (muy grossas),and one very beantiful piece which the King of Calicut had lately sent.Mengikut para sarjana, jenis meriam yang digunakan orang-orang Melayu tidaklah diketahui namun mereka berpendapat bahawa tidak lama selepas teknologi senjata api diperkenalkan oleh bangsa arab kepada dunia, orang-orang melayu sudah mula membuat senjata api sendiri. Bukti aktiviti pembuatan senjata api ini direkodkan oleh W. Linehan didalam kertas kerjanya yang berjudul Some Discoveries on the Tembeling. Di tebing-tebingSungai Tembeling yang terletak di Pahang, Linehan telah menjumpai acuan-acuan purba yang digunakan untuk membuat meriam yang dianggarkan seawal kurun ke 13 atau 14.
Setelah menawan Melaka, Alfonso de Albuquerque telah meneliti gudang-gudang senjata yang ditinggalkan di Melaka dan telah mengatakan bahawa senapang-senapang di Melakamempunyai kualiti yang sama hebat dengan senapang-senapang buatan German pada masa itu, malah tidak mampu ditandingi olehPortugis, namun senapang yang paling berkualiti pada masa itu datang daripada hasil buatan Kerajaan Turki Uthmaniah.Albuquerque didalam komentarnya Comentários do Grande Afonso de Albuquerque yang diterbitkan pada 1557 menyatakan seperti berikut:
There were captured, 3000 pieces, of which 2000 were of brass, and the rest of iron. Among them there was one large piece sent by the King of Calicut to the King of Malacca. All the artillery with its appurtenances was of such workmanship that it could not be excelled, even in Portugal. There were found also match-locks (espingardao), blowpipes for shooting poisoned arrows, bows and arrows, lances of Java, and divers other arms, all which created surprise in those that captured them.
Teruskan bacaan anda disini











