jom cuba......

Pada suatu hari berlaku perbualan antara Nabi Muhammad SAW dengan Abu Bakar as-Siddiq dan didengari oleh ramai sahabat yang sedang berkumpul bersama.

Kata baginda SAW: “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan).”
Lalu jawab Abu Bakar: “Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-temanmu.”
Maka jawab Rasulullah dengan tegas: “Bukan! Kamu bukan teman-temanku. Kamu adalah sahabat-sahabatku.”

Para sahabat sangat hairan mendengar ucapan baginda. Mereka tertanya-tanya, apakah bezanya antara sahabat dan ikhwan ? Siapakah ikhwan yang sangat dirindui oleh Rasulullah SAW itu ?

Rasulullah SAW berkata: “Ikhwan (saudara-saudara) ku adalah mereka yang belum pernah melihatku sebagaimana kamu melihatku, tetapi mereka beriman denganku dan mencintaiku melebihi anak dan orang tua mereka.”

Lalu seorang dari sahabat bertanya: Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwanmu ?
“Kamu semua adalah sahabat-sahabatku”, jelas Rasulullah SAW.

**********************************************************************************************

Jadi agak-agaknya ada tak sedikit ciri IKHWAN itu dalam diri kita? jom cuba..... 1 xperiment ringkas ini

  1. duduk dalam keadaan rileks..pejamkan mata mu....
  2. berniat untuk sedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah kepada Baginda Rasullullah... mohonlah agar ALLAH memperlihatkan ciri2 IKHWAN dalam diri kita itu... yakni rasa kerinduan kita kepada kekasih kita, Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW...
  3. berselawatlah keatas Baginda Rasullullah SAW...
  4. letakan tgn kanan kedada kiri (atas jantung)....
  5. sedekahkan bacaan Al-Fatihah keatas Baginda Rasullullah SAW (banyak kali pon takpe)
  6. setiap kali selepas membaca Al-Fatihah itu tariklah nafas dalam-dalam dan lepaskan dgn tenang......
  7. rasakan sensasi rohaniah anda.....apa saja yang anda rasa jangan lah ditahan-tahan.... hayati

AMACAM? APA ANDA RASA?

kuheh kuheh

masih banyak sunnah yg belum diikuti.....
malu plak nak mengaku hahahaha
Ya ALLAH, Syukran krn menghantar Baginda untuk mendidik kami...
Ya Rasullullah, syukran diatas didikanmu dari setiap bait-bait mahupun setiap perlakuanmu....

No comments:

Post a Comment