Kalahnya Melayu di atas kertas
Melayu; satu bangsa didunia yg penuh tertib dan adab santun ..... dengan senyuman kita dah dapat memenuhi ruang dengan suasana yang mesra. disaat kita membuat teguran, alam yang sedang girang tidak terhenti tawanya.... kanak-kanak tidak mudah menagis bila ditegur, tetapi teguran tersebut masuk kedalam kalbu dan diingati sampai mati....
kita begitu berbudi bahasa, dalam pergaulan kita menentukan panggilan-panggilan tertentu kepada kaum-kaum tertentu sebagai tanda hormat kita.... sekiranya pelancong dari Barat kita panggil Tuan (tapi bukan bermaksud boss/ master tapi sir), manakala org cina kita panggil tauke (sekali pon dia hanya penjual sayur) sebagai gambaran mereka kaum yg biasa terlibat dlm perniagaan manakala kaum india kita panggil anney/uncle/aya (dimana menggambarkan kita ni bangsa yang tau berterima kasih dan pandai menghormati orang lain) mereka yg dulu rata-ratanya pekerja ladang datang dari jauh dan mengambil upah sebagai pekerja ladang mengingatkan kita perit jerih hidup kita di tanah air sendiri. sebab itu panggilan yg lebih mesra digunakan
Sudah lebih 50thn kita merdeka..... yang nampak didepan mata kita adalah mereka2 yang tamak haloba (tamak dan bodoh). Mereka yang tamak haloba ini kini memegang jawatan kepimpinan sosial kita atau pemimpin politik kita.... mereka yang sepatutnya merealisasikan harapan kita kepada negara dan bukannya kita yg terpaksa mengikut menifesto rekaan mereka... MENIFESTO ini adalah KERTAS yang PERTAMA......
adab melayu sebarang isu akan dibincangkan dalam majlis syura samada berkaitan hal pentadbiran mahupun sewaktu menjatuhkan hukuman....org yg dituduh akan mendengar pertuduhan dihadapan majlis syura dan org yang mendakwa. setiap kali ketua majlis bersuara. semua suara akan terhenti.... setiap pendakwaan dan pembelaan dilakukan secara langsung. Tidak layak dijatuhkan hukuman dengan undian sekiranya syura tidak bersidang....sangat berbeza undian pemilihan dan undian menentukan hukuman..... dan disuatu masa dahulu hukum adat lah yg dipakai.... cantiknya hukum adat itu kerana ia terdiri diatas landasan agama..... "pencuri kambing perlulah memulangkan juga seekor kambing ataupun beras bersamaan nilai dgn seekor kambing ataupon apa saja barang yang sama nilai denga kambing yg dicuri itu jika dipersetujui oleh tuan punya kambing yang dicuri"... oleh itu BUKU PERATURAN adalah KERTAS yang KEDUA
No comments:
Post a Comment