Mari merenung di petang selasa ini
Ramai org fasih dan petah bercakap, tapi semakin bnyk mereka bercakap,
semakin bnyk mereka menyakiti hati org yg mendengar percakapan mereka.
Lazimnya org menyangka, asal seseorg itu pandai bercakap, mereka sudah
pandai berkomunikasi.... sebenarnya tidak... dalam kehidupan kita ini
kita selalu melakukan kesilapan sehingga berlakunya "miss
communications"... teringat kata2 seorg
ADUN sewaktu terdapat masalah antara kawan sy dan pengelola program
anjuran beliau "kita bukan nk mencari salah, tapi nk mencari jalan
penyelesaian kpd masalah itu. barulah selesai"... itu kata2 org yg
bijaksana....
selalunya masalah kita tu kecik saja.... tapi
disebabkan ianya tidak di bincangkan, dimaafkan, difikirkan, dihuraikan,
diajarkan dan tidak ditentukan duduk aturnya, akhirnya isu itu menjadi
besar, merepek dan meraban sehingga menjadi perbalahan. Perbalahan yg
menjadi boleh sengketa jika dibiarkan.
cara org melayu dlm
menangani sesuatu isu begitu baik.... sebarang isu akan terus
diselesaikan sebaik saja isu itu kelihatan..... sekiranya dibiarkan
lebih lama, akan ada org lain yg asalnya tidak terkait, akan masuk
campur dan menghangatkan suasana....maka mula rosaklah proses baikpulih
tersebut... kepantasan menyelesaikan isu itu dikatakan menjadi nadi
kehebatan org melayu...org putih sebut "on the spot"... itu semua dapat
dilakukan sekiranya org itu memahami, memahiri dan mempunyai pengetahuan
dan kemahiran yg cukup luas terhadap isu yg terjadi... tapi kini tak
ramai org (terutamanya melayu) yg mempunyai kemahiran ini...
Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2001)
~oleh krn perbualan memenuhi keperluan-keperluan jiwa manusia yg begitu
penting & mendlm,...~ maka ia menjadi sebahagian kemahiran
pelengkap jati diri kita
*kehebatan itu bukan saja dilihat dari
cantiknya pakaian, hebatnya keris, pandainya bersilat tetapi bagaimana
dia menuturkan kata2nya*
KATA Imam al-Ghazali, lidah antara
nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan
ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan
menarik.Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran
seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah
mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota
tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah
alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci
kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis
riwayat Imam Tirmidzi)
budi pekerti berlandas agama, cantik dihati elok dimata
No comments:
Post a Comment