Pejuang @ samseng Melayu?

Dikala ini banyak berita mengenai pejuang Melayu......ramai org (yg mengaku) melayu berkata merekalah pejuang, pelindung, penegak hak bangsa......

Melayu itu pendukung agama....hidupnya melayu itu berlandaskan syariat, pekerti melayu itu akhlak didikan Rasullullah, matlamat hidup melayu itu syiar agama. maka Melayu itu bukan islam tapi Islam itu ada dlm melayu....selepas ini terpandanglah akan mata terdiri saudara/ri hal-hal berkaitan agama (walaupon isu bangsa yg diutarakan)

Hidup Org Muslim itu BERJEMAAH (bermasyarakat, berjiran, berkawan, berkumpulan, berpersatuan,berpertubuhan, berpersatuan dsb). Kekuatan Org muslim itu pabila setiap jemaah ini saling sokong-menyokong antara satu sama lain dan tidak berpecah belah akan mereka pada ikatan itu...

Mari kita lihat pegangan bangsa segelintir pemuda harapan bangsa.........bersemangat untuk mempertahankan bangsa dan tanah air... maka beramai2lah mereka mencari jemaah yang sesuai dgn semangat jiwa mereka yg berkobar2 itu...... lalu berbaiah (sumpah setia) mereka diatas nama ALLAH SWT, berjanji setia membela Agama, Bangsa & Tanahair melalui jemaah yg dipilih...... disini mulanya Alif BA & Ta....

Arghhhh menjelanya tulisan aku nih...... make it short....org sekarang malas nak guna akal untuk berfikir...just straight to the point.....hampas....tapi itulah hakikat pemikiran melayu moden sekarang , kembali ke cara yg kuno (inilah disebut kemunduran pemikiran melayu moden).....tapi sebab aku ni sporting, aku cuba layan jugak lah...moga ALLAH sentiasa menaungi kita.....

SIFAT-SIFAT PEJUANG (ISLAM;termasuklah Melayu)*rujukan kitab mukashafah Al-Qulub oleh Imam Al-Ghazali*

  • Beriman
  • berkeyakinan
  • sanggup berkorban

1~org2 yg mukmin hanyalah org2 yg percaya kpd ALLAH & Rasul-NYA kemudian mereka tidak ragu2 & mereka berjuang (berjihad) dgn harta & jiwanya dijln (agama) ALLAH. Mereka itulah org2 yg benar (Al-Hujurat:15)

  • pemurah

2~org yg pemurah ibarat pohon disyurga. cabangnya menurun ketanah. siapa yg mengambil cabang itu ALLAH akan memindahkannya kesyurga (sabda Rasullullah)

  • pemaaf

3~sama sekali Rasullullah SAW tidak pernah berdendam melainkan akan jadi terkoyak penjagaan ALLAH (hadis riwayat Aisyah ra)

  • pelindung

4~tanggungjawab seorg muslim ialah menjaga lidah & tangannya terhadap muslim yang lainnya (sabda Rasullullah)

  • tolong menolong

5~bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya(permusuhan) (Al-Maidah:2)

cukup la tu aku nyatakan beberapa ciri yg patut ada pada diri seseorang pejuang..... untuk mudahkan korang pikir pasal diri korang ni..... kita buat perbandingan...samada perjuangan kita seperti Sultan Salahudin Al-Ayubi ataupon Young & Dangerous (samseng cina) berdasarkan ciri2 diatas

Sultan Salahudin Al-Ayubi (Mujahid)

  • Beriman- sebelum menjadi sultan, salahudin terkenal dengan ketinggian ilmu dan kewarakannya...berjaya menyatukan puak syiah dan sunni dalam perjuangan menentang tentera salib
  • berkeyakinan- berpegang kepada AL-QURAN & HADIS
  • sanggup berkorban
  • pemurah-berhabis hartanya bersedekah
  • pemaaf-selepas merampas palestin....org2 yahudi diberi pilihan untuk tinggal dan bernaung dibawah pemerintahan islam ataupun berpindah dari palestin.....tiada hukuman bunih dilakukan keatas mereka (walhal org2 yahudi dan nasrani itulah yg membunuh pejuang dan penduduk islam tanpa belas kasihan sebelum ini)
  • pelindung-selepas menjadi pemimpin palestin, rakyat yg tinggal disana tanpa mengira kaum dan agama dijaga seadil2nya... kemewahan negara di tebar agar rakyat menjadi senang adanya
  • tolong menolong-baginda tidak menggunakan kedudukan sebagai sultan untuk bersenang lenang...baginda turun padang dan membantu membuat kerja(tiada layanan istimewa)

Young and Dangerous (samseng)

  • Beriman- sebelum bergaduh depa sembah dewa kwan dulu, minum baru pi gaduh
  • berkeyakinan- konfiden level mmg tinggi
  • sanggup berkorban- one for all and all for one
  • pemurah-setiap konco dpt la duit joli
  • pemaaf-sifat ni susah nak jumpa....slogan KASI PECAH SAMA DIA adalah pegangan, kalo musuh dah terbaring pon belasah...bunuh lagi baik
  • pelindung-kami lindungi org2 dlm kawasan kami....tapi sila bayar wang perlindungan
  • tolong menolong-sesama ahli memangla mereka saling menolong...makcik yang menjaja tepi jalan tu afsal tak bantu?

Pejuang Melayu

* Beriman- angkat sumpah janji setia @ baiah atas nama agama bangsa dan tanahair lepas tu pi mabuk, berzina judi (jahanam)

* berkeyakinan- rasa diri tu sentiasa betul pastu tak terima pendapat org

* sanggup berkorban- Ko tunggu la aku panggil geng

* pemurah-setiap konco tanggung hidup ketua

* pemaaf- kalo ahli buat salah dimaafkan..kalo org lain kita jgn kasi ampun

* pelindung-kami lindungi org2 dlm kawasan kami....tapi sila bayar wang perlindungan terhad kepada bangsa sendiri jer. bangsa lain tak usik..takut

* tolong menolong-sesama ahli memangla mereka saling menolong...ketua duduk mengangkang tunggu org hidang air untuk dia

jadi dimana kita? jgn kata ko pejuang bangsa tapi ko kaki mabuk/pompuan /judi kerana Melayu itu pendukung ISLAM... yg kaki mabuk/pompuan /judi tu mangkuk bernama melayu yg berjemaah laksana samseng, berfikiran komunis sambil memakai pakaian lengkap bertanjak serta berkeris...kalo begitu adanya,celaka bangsa hancur nusa...

WAHAI JEMAAH2 YG TERDIRI DARI GARIS-GARISAN, BINATANG2, KAPAL LAYAR KAPAL LAUT, PELANGI TAK CUKUP WARNA,PARTI2, NOMBOR2 DAN BUAH2 SEKALIAN (korang ni semua sama ja)......KEMBALILAH KEPADA YG ALIF..... ELOKNYA ALIF, BA & TA AKAN KEMBALI BERCAHAYA..... KERANA ALIF GAGAHNYA BA MEGAHNYA TA.....

Semoga ALLAH memberi Hidayah dan Taufiqnya kepada kita semua...BIAR MATI DIKANDUNG TANAH, IBADAH YG BAIK DIBAWA BERSAMA

update siasatan mengenai akatsuki:

*ninja2 kg hujan yg bersekongkol dgn akatsuki telah mula bertindak.....banyak kumpulan2 dgn terang2an menonjolkan diri... semalam seorang ANBU (aweks) membuat laporan mengenai kekejaman yg dilakukan oleh mereka....kesemua ANBU sila lapor diri!!!!!

*Peringatan!!!! org melayu yg nk belajo jadi MUJAHID sila betulkan iktikad dan niat anda baru hang mai dtg menuntut ya... jiraiya cuma terima bakal MUJAHID bukan bakal SAMSENG

*Amaran keras!!!! kepada kumpulan ninja tak cukup kaler.....aku ingatkan berhati2 bila berkata ngan org lain.... ko tak tau org tu ANBU.... ko ingat ANBU tu ko bole tunjal2 jer ke? pompuan ko berani la sebab ko bacul... ..... ini JIRAIYA SAMA... kalo nak rasa hikmat aku paling low class Kaeru Kaeru no Jutsu (Frog Conversion Technique) cari la aku...hikmat2 aku yg power tu ko tak layak nak rasa lagi...ADA BRAN?



No comments:

Post a Comment