RORODUK MALAYSIA

RORODUK adalah seni perang kuno dari negara Thai...Diguna oleh pengawal-pengawal peribadi diraja dan hanya ada di kuntep (ibu kota ayuthia) saja...Seni ini diamalkan oleh pengawal-pengawal peribadi dan ahli keluarga terdekat sahaja.Seni beladiri ini dipraktikan di daerah pendalaman Chiang Rai.......RORODUK ini adalah asas kepada seni beladiri Thai yang ada sekarang.

Perlu ke belajar senjata? perlu ke stamina? perlu ke melompat? bole ke menyepak dalam ruang sebesar tandas? berapa banyak jenis serangan siku? bagaimana melihat dengan ekor mata? kenapa pergerakan asyik kedepan? bagaimana membalas serangan musuh dengan serang balas berangkai? belajar bertahun guna berapa minit saja..... kenapa perlu kawal hati dlm pertempuran? bagaimana bertempur dengan pengamal aliran angin? Kini teknik beladiri ini diperkenalkan secara rasminya di Malaysia (no. pendaftaran PJS 2346/2006)....

Pelajaran RORODUK ini terbahagi kepada kategori:-

1- ASAS

2- PERTENGAHAN

3- TINGGI

Pelajaran RORODUK ini terdiri daripada:-

1- TANGAN KOSONG

* JGN TERKEJUT jika anda sedar anda tak perlu belajar apa2 dari kami. Kenapa? hehehe

Latihan seni beladiri RORODUK MALAYSIA ini mengutamakan PENINGKATAN kekuatan minda dan koordinasi anggota badan. Kekuatan fizikal adalah satu kelebihan. Biarkan tubuh kita membuka rahsia..... dari seni perang thai kini menjadi seni beladiri yang lebih efektif dan mudah...

Pergi 1 sampainya 3,

Mengetap bibir tersenyum manja,

Bila dicabar maruah kita,

bukak langkah dengan selamba.


Datang musuh membawa celaka,

mati akal pendeklah nyawa,

hati redha senyum dimuka,

maaf dihati bersahabat akhirnya.


Jaga iman jaga hati,

musuh jangan kita perlekehkan,

hapuskan kebatilan biarpun mati,

jangan lupa perintah Tuhan.

Inilah intipati dalam menghasilkan pengamal beladiri yang baik sahsiah dirinya. ANDA BERHAJAT? TAK SEMESTINYA ANDA DAPAT

No comments:

Post a Comment